background

Ucapan setinggi terima kasih

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada anda yang hadir pada Majlis Pelancaran Buku Pertama saya, iaitu “a picture is worth a thousand words”. Alhamdulillah Majlis selamat dan dengan jayanya dapat dilaksanakan dengan sambutan yang sederhana dan ini adalah 1 titik permulaan dalam hidup saya untuk mengejar kejayaan kedepan. Insyallah mungkin satu hari nanti kita akan dapat berjumpa lagi pada masa-masa yang akan datang.

Terima kasih kepada anda-anda yang telah membeli buku saya. Mungkin untuk hari ini dengan 100 muka surat, mana tahu kalau diberikan peluang dan rezeki oleh allah, mungkin akan muncul sebuah buku dalam 500 muka surat, Insyallah.

apa yang terdapat didalam buku itu adalah yang terbaik daripada saya, dan andalah penilainya. Jika ada kekurang mungkin saya boleh memperbaiki dimasa-masa akan datang. Yang baik itu datangnya dari Allah dan segala keburukan, kesalahan dan kesilapan datangnya dari diri saya sendiri.

Bagi mereka-mereka yang ingin mendapatkan buku ini bolehlah menghubungi saya terus melalui Tel, SMS, facebook & Email. Anda boleh dapatkan buku ini secara terus melalui saya sehingga 5 Ogos 2010, sebelum saya berangkat ke Australia Selama 1 bulan.

Ucapan terima kasih pada semua rakan-rakan facebook,photographer & Twitter. Realitinya sokongan orang sekeliling amat diperlukan

Sekian Terima Kasih

Udeyismail

← Back

Responses

mohdpait on Monday, August 2nd, 2010

welldone UI..

What do you think?

Name

E-Mail

Website

Message