Alhamdulillah Selepas masalah yang melanda blog nie, semuanya sudah kembali pulih dan ada beberapa entry yang menghadapi masalah hilang dari posting, insyallah saya akan update kembali entry-entry yang mengalami beberapa masalah.
Pada semua, saya akan terus sentiasa sajikan yang terbaik untuk dijadikan sebagai tatapan. Gambar dan cerita terbaru yang berkaitan dengan Travel, korang boleh ke http://www.udeyismail.net/travelogue. Selama 2 minggu saya hilang daripada update apa-apa entry, kali ni semuanya akan kembali seperti biasa. Selama 2 minggu saya berada di nepal, yang entry yang terlepas, insyallah dalam masa terdekat, anda boleh view gambar-gambar terbaru daripada blog ini.
Ucapan Tahniah Sekali lagi kepada Raz & Amir dan terima kasih kerana memilih Mukhriz & Udey Photography sebagai orang penting dalam merakamkan detik indah korang.
Gambar kenangan di Annapurna Base Camp 4130metrs . Banjaran Himalaya. 7 febuari 2012
Hari ini 23 Febuari 2012, genap 29 tahun umur aku, rasa cepat masa berlalu, awal 2012 meninggalkan banyak kenangan manis buat aku, rasa sangat bermakna bagi aku untuk tahun ini. Tahun ini adalah tahun Sedih dan gembira buat aku, kerana, mungkin tahun ini akan tamat zaman bujang aku, sudah tertulis jodoh dan pertemuan tu, aku menerima dengan hati yang terbuka dengan ketentuan Allah SWT. Untuk Meneruskan salah silah keturunan aku perlu mencari generasi penyambung.
Waktu berada di atas Annapurna Base Camp bermacam perasaan yang aku alami, salah satunya adalah perasaan bersyukur kepada Allah, Kerana diberi peluang menikmati apa yang dijadikan di atas muka bumi ini. Perasaan yang sebelum ini tidak pernah aku rasai, terasa syahdu dan sedih. Alhamdulillah semua hajat dan cita-cita telah tercapai dan tiba masanya untuk aku memikul tanggungjawab dan meneruskan kisah hidup.
Terima kasih kepada semua yang memberikan Ucapan dan sokongan anda, selama aku berada didalam industri ini, walau tidak sehebat mana pencapaian yang aku ada sekarang, aku tetap bersyukur kerana diberikan tenaga dan akal fikiran, aku akan terus berusaha untuk maju kehadapan dan mengejar impian yang lain.
Terima kasih semua.
Udey Ismail
Principal Photographer
Mukhriz & Udey Photography
Tel : +6016 – 5554816
Email : udeyismail@gmail.com
Photo Stock : http://www.flickr.com/photos/udeyismail
facebook :https://www.facebook.com/mukhrizlatif.udeyismail