Disini saya inginkan sedikit cerita tentang imaan dan saya ingin menceritakan pengalaman saya ketika melawat anak-anak Imaan serta menyertai aktiviti-aktiviti disana. Pengalaman yang saya dapat daripada imaan membuatkan saya mahu terbang kembali ke Sydney dan mungkin akan menjadi satu aktiviti tahunan saya ketika bulan ramadhan. Untuk anda semua ikuti kasih perjelajahan kami dan nukilan kami bersama IMAAN

Ditulis oleh : Nasrul Hadi & Udey Ismail
Menjejakkan kaki ke dalam Masjid Darul IMAAN (Islamic Malays Australian Association of New South Wales) terasa seperti berada di negara sendiri. Berjumpa dengan rumpun melayu beragama islam serta bahasa, adat dan budaya melayu yg ditunjukkan tidak merasa seperti berada di bumi kangaroo. Lebih2 lagi mereka di sini amat peramah dan seperti telah lama bejumpa walaupun baru sahaja bersua muka. Memilih nama Darul IMAAN sebagai nama masjid memang amat berketepatan sekali. Erti Iman secara harafiah dalam Islam adalah bererti percaya kepada Allah. Maksud istilah Iman pula ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Jadi, penggunaannya namanya pun sudah amat menarik sekali disamping peranannya yg penting disini.
Masjid Darul IMAAN yg terletak lbh kurang 16km dari bandaraya Sydney dibina sebagai pusat penggerak misi penubuhan IMAAN yang bermatlamat sebagai base dalam meningkatkan pemahaman dan menghilangkan banyak salah faham tentang Islam serta mendorong komuniti Islam dan bukan Islam dari segala usia dan kumpulan etnik untuk belajar dan mengembangkan pengetahuan mereka tentang Islam.
IMAAN diwujudkan bertujuan bukan sahaja sebagai titik pertemuan dan permuafakatan rumpun melayu tetapi juga memimpin pembangunan generasi spiritual perpandukan dari al-Quran dan as-Sunnah sebagai pegangan bagi para anggotanya serta masyarakat Muslim Australia.
IMAAN juga bertindak sebagai pusat komuniti Islam untuk membantu dari hal urusan perkahwinan, pengurusan jenazah, dakwah serta urusan2 masyarakat yg diperlukan oleh komuniti melayu islam khususnya dan komuniti islam Australia amnya. IMAAN juga menjadi salah satu pusat untuk memupuk identiti melayu islam di dalam kepelbagaian masyarakat Australia.
Antara aktiviti yang dijalankan di Imaan adalah kelas pendidikan islam untuk kanak2 yg di buat setiap hari sabtu. Kelas agama ini bermatlamat memimpin dan menyediakan generasi islam dengan kefahaman dan fundamantel islam. Penglibatan mereka penting kerana system pembelajaran di Australia tidak menekankan aspek kerohanian di mana ianya adalah core-system dalam kehidupan setiap insan. Sebagai seorang muslim di bumi asing, keutuhan dan kefahaman tentang agama adalah sangat penting. Bukan sahaja dari hal bidang ibadah sahaja tetapi yg lebih penting adalah pegangan akidahnya. Itulah cabaran yg perlu disahut dengan cara ilmu dan hikmah.

Selain itu juga, program bersempena bulan2 islam turut diadakan di masjid ini. Sebagai pusat komuniti islam, program seperti iftar berjamaah, solat tarawih, israk mi’raj, qurban & aqiqah dan sebagainye turut diadakan. Menariknya ianya di adakan secara bergotong royong sama seperti mana adat melayu yang menyarankan kepada bergotong royong. Silaturahim yg dibina bukan sahaja dikalangan melayu tetapi muslim yang lain turut serta bersama-sama.
Walaupun dilihat dari segi kedudukannya di sini, Masjid Darul IMAAN masih memerlukan dana pembangunan dalam menampung pertambahan bilangan umat islam dan pendidikan. Bangunan baru yg di bina bagi mengganti bangunan lama iaitu masih tidak mampu menampung jumlah umat islam di sini. Tambahan pula bangunan lama yg masih ada agak tidak stabil dan berbahaya. Buat masa sekarang, mereka masih mencari dana untuk mengubahsuai seksyen lama masjid. Keadaan sekolah yg tidak mencukupi dari segi kelengkapan kelas, material dan tenaga kerja agak membataskan perkembangan pembangunan generasi baru yg akan menyambung legasi melayu islam di bumi Australia.
Legasi melayu islam di Australia amat menarik sekali di kongsi bersama. Terfikir sejenak tentang kisah penghijrahan kaum muhajirin ke madinah. Betapa kita perlu berkorban dari segenap aspek, bukan sahaja dari segi kecintaan pada pada Negara sendiri akan tetapi keutamaan agama dan bangsa yg perlu di sebarkan agar ia tidak pupus dan hilang di telan arus kemodenan dan kebaratan.