background

Salam Aidilfitri daripada Adelaide, Australia

Selama 2 minggu di Adelaide, sempat saya sertai photoshoot raya yang dianjurkan oleh Alif Anwar untuk semua penuntut-penuntut Malaysia. Saya Sebagai orang yang dijemput untuk merakamkan kenangan diorang pada bulan puasa. Pada hari tu ramai yang hadir tapi sayang tak sempat untuk kita kenal lebih mesra lagi, waktu tu pulak cuaca kurang menentu, kadang terang tapi tetiba hujan. Disebabkan cuaca yang kurang elok, photoshoot raya nie terpaksa di berhentikan pada waktu petang, nasib baik dah banyak gambar ambikkan.

Selama 2 minggu di Adelaide banyak perkara yang saya dapat belajar dan dapat berkongsi serba sedikit tentang pengalaman saya kepada semua orang disana dan diharapkan jika diberikan kesihatan yang baik, panjang umur, kita akan berjumpa lagi di Adelaide. Untuk Semua jangan lupa skype aku k, apapun, Selamat berpuasa dan selamat hari raya aidil fitri

Sydney

Nur Nusantara di Bumi Australia

Disini saya inginkan sedikit cerita tentang imaan dan saya ingin menceritakan pengalaman saya ketika melawat anak-anak Imaan serta menyertai aktiviti-aktiviti disana. Pengalaman yang saya dapat daripada imaan membuatkan saya mahu terbang kembali ke Sydney dan mungkin akan menjadi satu aktiviti tahunan saya ketika bulan ramadhan. Untuk anda semua ikuti kasih perjelajahan kami dan nukilan kami bersama IMAAN

Ditulis oleh : Nasrul Hadi & Udey Ismail

Menjejakkan kaki ke dalam Masjid Darul IMAAN (Islamic Malays Australian Association of New South Wales) terasa seperti berada di negara sendiri. Berjumpa dengan rumpun melayu beragama islam serta bahasa, adat dan budaya melayu yg ditunjukkan tidak merasa seperti berada di bumi kangaroo. Lebih2 lagi mereka di sini amat peramah dan seperti telah lama bejumpa walaupun baru sahaja bersua muka. Memilih nama Darul IMAAN sebagai nama masjid memang amat berketepatan sekali. Erti Iman secara harafiah dalam Islam adalah bererti percaya kepada Allah. Maksud istilah Iman pula ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Jadi, penggunaannya namanya pun sudah amat menarik sekali disamping peranannya yg penting disini.

Masjid Darul IMAAN yg terletak lbh kurang 16km dari bandaraya Sydney dibina sebagai pusat penggerak misi penubuhan IMAAN yang bermatlamat  sebagai base dalam meningkatkan pemahaman dan menghilangkan banyak salah faham tentang Islam serta mendorong komuniti Islam dan bukan Islam dari segala usia dan kumpulan etnik untuk belajar dan mengembangkan pengetahuan mereka tentang Islam.

IMAAN diwujudkan bertujuan bukan sahaja sebagai titik pertemuan dan permuafakatan rumpun melayu tetapi  juga memimpin pembangunan generasi spiritual perpandukan dari al-Quran dan as-Sunnah sebagai pegangan bagi para anggotanya serta masyarakat Muslim Australia.

IMAAN juga bertindak sebagai pusat komuniti Islam untuk membantu dari hal urusan perkahwinan, pengurusan jenazah, dakwah serta urusan2 masyarakat yg diperlukan oleh komuniti melayu islam khususnya dan komuniti islam Australia amnya. IMAAN juga menjadi salah satu pusat untuk memupuk identiti melayu islam di dalam kepelbagaian masyarakat Australia.

Antara aktiviti yang dijalankan di Imaan adalah kelas pendidikan islam untuk kanak2 yg di buat setiap hari sabtu. Kelas agama ini bermatlamat memimpin dan menyediakan generasi islam dengan kefahaman dan fundamantel islam. Penglibatan mereka penting kerana system pembelajaran di Australia tidak menekankan aspek kerohanian di mana ianya adalah core-system dalam kehidupan setiap insan. Sebagai seorang muslim di bumi asing, keutuhan dan kefahaman tentang agama adalah sangat penting. Bukan sahaja dari hal bidang ibadah sahaja tetapi yg lebih penting adalah pegangan akidahnya. Itulah cabaran yg perlu disahut dengan cara ilmu dan hikmah.

Selain itu juga, program bersempena bulan2 islam turut diadakan di masjid ini. Sebagai pusat komuniti islam, program seperti iftar berjamaah, solat tarawih, israk mi’raj, qurban & aqiqah dan sebagainye turut diadakan. Menariknya ianya di adakan secara bergotong royong sama seperti mana adat melayu yang menyarankan kepada bergotong royong. Silaturahim yg dibina bukan sahaja dikalangan melayu tetapi muslim yang lain turut serta bersama-sama.

Walaupun dilihat dari segi kedudukannya di sini, Masjid Darul IMAAN masih memerlukan dana pembangunan dalam menampung pertambahan bilangan umat islam dan pendidikan. Bangunan baru yg di bina bagi mengganti bangunan lama iaitu masih tidak mampu menampung jumlah umat islam di sini. Tambahan pula bangunan lama yg masih ada agak tidak stabil dan berbahaya. Buat masa sekarang, mereka masih mencari dana untuk mengubahsuai seksyen lama masjid. Keadaan sekolah yg tidak mencukupi dari segi kelengkapan kelas, material dan tenaga kerja agak membataskan perkembangan pembangunan generasi baru yg akan menyambung legasi melayu islam di bumi Australia.

Legasi melayu islam di Australia amat menarik sekali di kongsi bersama. Terfikir sejenak tentang kisah penghijrahan kaum muhajirin ke madinah. Betapa kita perlu berkorban dari segenap aspek, bukan sahaja dari segi kecintaan pada pada Negara sendiri akan tetapi keutamaan agama dan bangsa yg perlu di sebarkan agar ia tidak pupus dan hilang di telan arus kemodenan dan kebaratan.

Promo buku “a picture is worth a thousand words”

Alhamdulillah dan syukur pada Allah, Saya telah pon selamat sampai di tanah air. Terasa sedih untuk meninggalkan anak-anak imaan atau pon Islamic Malay Australian Association of NWS, Insyallah kita akan berjumpa lagi ditahun hadapan di Sydney. Banyak perkara yang telah saya belajar semasa berada dan menyertai program imaan. Terima kasih untuk semua Ahli kariah Masjid Imaan,walaupun sekejap sahaja kita bersama, saya rasakan sudah lama kita saling kenal mengenali diantara satu sama lain. Dengan apa yang saya belajar dari imaan akan saya kongsikan dengan sahabat-sahabat di Malaysia. Di Imaan antara yang ada di dalam aktiviti tersebut bukan sahaja daripada Melayu bahkan daripada sahabat-sahabat bangsa lain, kami bagaikan satu keluarga dan tidak ada istilah atau berbezaan bangsa. Program di imaan ini telah menggeratkan silaturahim diantara insan. Insyallah saya akan kongsikan diblog saya ini dengan setiap aktiviti selama saya berada di sydney, Apapun Selamat berpuasa pada semua

Hari terakhir di South Australia

Hampir 2 minggu saya berada di Adelaide dan sampai masanya untuk saya meneruskan kembara ilmu saya ke sydney. Selama berada nie adelaide banyak benda yang saya dapat belajar dan banyak benda yang saya dapat kongsikan bersama-sama dengan beberapa pelajar-pelajar Malaysia di Adelaide. Dengan jelajah kembara ilmu saya ini akan dapat mengeratkan silaturahim diantara sesama insan. Bermula pada puasa pertama saya berada di Adelaide sehingga la hari ke 10 puasa saya di adelaide. Di Adelaide kita dapat bersama-sama berbuka puasa dengan semua penuntut-penuntut Malaysia di Adelaide dan selama saya berada disana sempat jugak saya hadir dalam beberapa program ilmu yang dianjur orang sahabat-sahabat kita

Ucapan terima kasih buat semua penuntut-penuntut malaysia di adelaide di atas sambutan dan layanan kepada saya selama saya berada di Adelaide, Terima kasih jugak kepada Raja Nur Zahirah,Alif & Yanie, Eani, Ibtisam, Ahlami, Pidot, Azmi, Din, Nik , izyan dan Nadiah, ramai lagi yang tak dapat saya sebut disini . Malam terakhir saya disambut  dengan majlis potluck  oleh Semua student-student, Terima kasih atas jamuan hari tu, Insyallah Jika ada umur panjang, kita berjumpa lagi di Adelaide dan nantikan cerita terbaru saya untuk entry kembara ilmu di Sydney nanti. Selamat Berpuasa :)