background

Back to 90an : Dalila & Muzamir

Alhamdulillah dan syukur kehadrat Allah S.W.T, memberikan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu perkara tidak ada kekurangan dan cacat cela dari segi penglihatan bagi menikmati kesemua keindahan yang telah diberikannya, terutama mata saya sendiri, dianugerahkan sepasang mata yang cantik dan berikan usaha bagi melihat benda atau perkara baik dan kurang baik, jika ai adalah adalah baik, alhamdulillah dan jika ai kurang baik, kememohan keampunanan, diberikan kesempurnaan tidak lupa juga diberikan kesenian dalam diri bagi menilai sesuatu yang diluar jangkaan batas pemikiran.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam photo session Dalila & Muzamir, terima kasih pada yang hadir bagi menyertai photo session diorang, Tq KN, Zeti, Izatul, afie, Hanim (owner proton), Shah (owner Toyota), Eddie Edham (bekas tuan rumah) & Ubai (adik saya) dan tidak lupa kepada semua rakan-rakan facebook, rakan yang meminati hasil kerja saya selama ini.

UDE_3055

UDE_2487

UDE_4114

UDE_2715

UDE_3976

UDE_4054

UDE_3785

Idea atau tema ini telah difikirkan oleh kami selama beberapa minggu, antara orang-orang kuat dalam idea2 nie. Kami memilih konsep 80-90an. Jika ada antara kita yang lahir dalam pertengahan 80 dan proses pembesaran dalam 90an, mesti anda merasakan bagaimana keadaan waktu tu. Saya dilahirkan pada 1983 dan melalui pembesaran sepanjang 80an sehingga la sekarang. Pada Waktu 90an, saya masih dibangku sekolah dan pada masa tu , telah wujud kereta proton saga sebelum tahun kelahiran saya. Sepanjang 83 sehingga 2000, saya telah dibesarkan dikampung, teringat lagi pada rumah tokwan, waktu tu boleh dilihat lagi senibina lama, rumah kayu yang penuh dengan ukiran, dirumah itu tempat kami bersatu kami seluruh ahli keluarga. Daripada pengalaman dan penghayatan sepanjang tahun itu, muncul la 1 idea untuk photo session yang bertemakan vintage + modern. Selalunya kita pernah lihat dengan konsep2 retro dalam era 70,80 & 60an, dalam konsepkan ini kami cuba serapkan Kemelayuan + moden + kampung. Tidak la sehebat mana konsep yang kami lakukan, kami sedaya upaya lakukan yang terbaik bagi memberikan kepuasan pada semua

Apapun kalau nak tengok keseluruhan gambar yang saya ambik, boleh tekan sahaja slideshow kat atas tu dan bagi yang berminat untuk portrait berlainan tema, anda boleh inquiry saya di udeyismail@gmail.com

← Back

Responses

mohd khainis on Thursday, February 17th, 2011

udey sangat2 menyentuh hati-good work! All the best!

cikot on Friday, February 18th, 2011

pakai camera ape nie ?
mcm mana nak setting resolution macam nie ..
nice work bro ..

zairi on Tuesday, February 22nd, 2011

terbaik bro!!=)

shah fariz on Sunday, March 6th, 2011

geram.. :)

What do you think?

Name

E-Mail

Website

Message